Thursday, August 20, 2015
Filled Under:
Dihentam Ramai Akibat Pakai Headphone Kerana Tidak Mahu Dengar Doa Hindu?- Ayahanda Rani Kulup Tampil Dedah Punca Sebenar Yang Semestinya MENGEJUTKAN Anda Semua...
Posted By:
Tricia
on 11:45 PM
#$Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kecewa apabila difitnah cuba mengelak daripada mendengar bacaan doa Hindu dalam upacara pengebumian salah seorang rakannya yang berbangsa India.
Gambarnya, memakai ‘head phone’ di upacara kematian rakannya kemudian dimuat naik di laman sosial.
Jelasnya, ‘head phone’ yang digunakannya itu hanyalah untuk memudahkannya menjawab panggilan telefon.
“Ayah memang biasa gunakan ‘head phone’ itu kerana ayah dapat dengar panggilan telefon dengan lebih jelas.
“Sekiranya ada kata ayah pakai ‘head phone’ untuk tidak mendengar bacaan doa agama Hindu, itu tidak tepat. Kalau pakai ‘head phone’pun dengar juga,” katanya ketika dihubungi FMT.
Berikutan penyebaran gambar berkenaan, Rani Kulop memberi amaran kepada pihak-pihak tersebut supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadapnya.
Katanya, mereka perlu berbangga kerana dia mengamalkan sikap terbuka dan saling memahami budaya masyarakat di Malaysia.
“Walaupun beliau berbangsa India, tetapi ayah hormat dia, lebih-lebih lagi sebagai seorang rakan ayah.
“Sepatutnya mereka suka orang Islam melawat ke pengebumian agama lain,” katanya yang membahasakan diri sebagai ayah.
Terdahulu di laman Facebook telah tersebar sekeping gambar yang mendakwa, “Ayahanda Kulop Kipidap pakai ‘head fon’ bagi mengelak dengar bacaan kitab selain Quran. Dibimbangi akidahnya terpesong ketika melawat kematian rakannya” tulis Era Pasca.
sumber asal
0 comments:
Post a Comment