Thursday, August 20, 2015

Filled Under:

MESTI TAHU!! Kekejaman Tentera Jepun Terhadap China Yang Membuatkan Dua Negara Ini Masih Lagi Dingin Sampai Sekarang Yang Ramai Tidak Tahu!!


%^Baru-baru ini didedahkan lagi satu kekejaman tentera Jepun terhadap penduduk China pada zaman perang dunia sebelum ini.

Bekas tentera jepun, Korporal Takashi Mikami telah membuat pengakuan pada 1 Ogos 1954 dan telah disiarkan Pentadbiran Arkib Kebangsaan China, di mana Mikami mengaku membunuh orang awam dan mer o gol puluhan wanita.



Beliau dalam pengakuannya juga mendakwa telah mengambil otak daripada tahanan China yang masih hidup untuk sarjannya yang percaya memakan organ berkenaan mampu mengubati penyakit kelamin dihidapnya.

Korporal Takashi Mikami yang ditugaskan di wilayah Shandong di timur China dari 1942 hingga Ogos 1945 antara 31 pengakuan yang ditulis penjenayah perang Jepun yang disiarkan di Internet pada ulang tahun ke-70 tamat perang berkenaan.

"Ketika ditugaskan di Linqing, Sarjan Getsuji kerap mengarahkan anggota mengambil otak daripada orang yang masih hidup. Pada 1942 saya meminta Lans Korporal Yokokura mendapatkan beberapa otak untuknya.

"Yokokura membawa otak petani China. Saya memasaknya, menyimpannya dalam periuk dan menyerahkan kepada Sarjan Getsuji sebagai ubat untuk penyakit kelaminnya," katanya.

Selain itu, Mikami mengaku menyeksa dua petani China ketika menyoal siasat mereka di Guantao pada Ogos 1942.

"Apabila mereka enggan bercakap, saya dan lima yang lain diarahkan membunuhnya dengan menikamnya di dada sebelum menanamnya," kata pengakuan itu.

Kekejaman dia bukan setakat itu sahaja apabil turut mengaku mengadakan serangan di sebuah kampung yang mengakibatkan kematian 370 askar dan penduduk serta mengaku me ro g ol sekurang-kurangnya lapan wanita Korea di Shandong.


sumber asal




0 comments:

Post a Comment

Total Pageviews